Seo Services

Penganggur Menyamar Pegawai Polis Dan Mencuri Dipenjara 21 Bulan


KUCHING: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara selama 21 bulan selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menyamar sebagai pegawai polis dan mencuri.

Fadliee Abu Bakar dari Kampung Tengah Meludam di Sebuyau mengaku bersalah di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman yang mengarahkan hukuman penjara berkuat kuasa serta merta.

Lelaki berusia 23 tahun itu didapati bersalah di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai polis dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dia dijatuhkan hukuman penjara enam bulan untuk setiap pertuduhan kerana menyamar dan 15 bulan lagi akibat mencuri.

Dalam kes pertama, Fadliee menghampiri lelaki Indonesia yang dalam perjalanan membuat pemindahan wang kepada keluarganya di kampung di Jalan Market di sini kira-kira jam 8.20 pagi pada 11 Disember tahun lepas.

Dia menarik mangsa ke tandas awam dan mendakwa dirinya sebagai polis sambil melakukan pemeriksaan fizikal ke atas badan mangsa serta beg sandang dan selepas selesai, dia sempat menyuruh mangsa untuk lebih berhati-hati lain kali.

Mangsa hanya menyedari wang berjumlah RM5,150 hilang selepas tiba di tempat memindahkan wang dan terus membuat laporan polis.

Dalam kes kedua pada 15 Januari sekitar jam 9.30 pagi, seorang lagi mengadu mendakwa sedang berdiri di hadapan kedai di Jalan Khoo Hun Yeang apabila seorang lelaki menghampirnya sebelum memintanya mengeluarkan kad pengenalan.

Menyedari sesuatu tidak kena, dia membuat laporan polis dan susulan itu, tertuduh ditangkap oleh pasukan polis daripada Balai Polis Sentral Kuching.

Mahkamah mengarahkan dua hukuman penjara untuk dua pertuduhan dalam kes pertama ber-jalan serentak dan dituruti kes kedua menjadikan tempoh itu 21 bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Yunus Sahak manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UB
Penganggur Menyamar Pegawai Polis Dan Mencuri Dipenjara 21 Bulan Penganggur Menyamar Pegawai Polis Dan Mencuri Dipenjara 21 Bulan Reviewed by Salfian Nawawi on February 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.