Seo Services

Labi-labi Gergasi Gemparkan Penduduk Pangtray


DARO: Penduduk Kampung Pangtray di sini dikejutkan dengan tertangkapnya labi-labi gergasi oleh seorang penduduk pada kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sumber memberitahu, seorang penduduk terperanjat apabila mata pancingnya terasa begitu berat dan tambah terkejut apabila mendapati ia adalah labi-labi.

Haiwan yang jarang dijumpai itu dianggarkan mempunyai berat lebih 100 kilogram.

Menurut sumber, labi-labi yang masih hidup itu dipercayai akan dijual di pasar Sibu.

Setakat berita ini ditulis labi-labi itu dipercayai masih disimpan penduduk kampung.

Dianggarkan harga haiwan hampir pupus itu boleh mencecah RM2,000 berdasarkan beratnya.

Ketua Warden Hidupan Liar Sarawak Forestry Corporation (SFC) Oswald Braken Tisen berkata pihaknya di Sibu terus menggerakkan anggotanya bagi mendapatkan haiwan itu sebelum dijual atau dibunuh.

Ketika dihubungi, beliau menegaskan bahawa mereka yang menangkapnya secara tidak sengaja boleh menyerahkannya kepada SFC.

“Berdasarkan gambar yang diterima mungkin ia spesies Amyda Cartilaginea, tetapi perlu dilihat dan diteliti lebih dekat untuk menentukan spesies sebenar,” katanya.

Undang-undang memperuntukkan denda RM10,000 dan penjara setahun jika didapati bersalah memburu, membunuh, menyimpan, menjual atau makan tanpa permit sah seperti yang termaktub di bawah Haiwan Terlindung Sarawak.

Braken meminta penduduk kampung terbabit agar menghubungi pegawai SFC di Sibu, Nickson Robi di talian 016-8665440 jika hendak menyerahkan haiwan tersebut. - UB
Labi-labi Gergasi Gemparkan Penduduk Pangtray Labi-labi Gergasi Gemparkan Penduduk Pangtray Reviewed by Salfian Nawawi on February 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.