Seo Services

Penyokong Bola Sepak Mesir Merusuh Masuk Stadium, 40 Maut


KAHERAH: Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh selepas satu rempuhan di luar sebuah stadium bola sepak pada Ahad, sekali gus merupakan rempuhan pertama dalam masa tiga tahun melibatkan para peminat sukan tersebut di Mesir.

Media tempatan pada Isnin melaporkan, pihak pendakwa raya telah mengarahkan satu siasatan secara terperinci dijalankan malah Kabinet Mesir turut mengadakan sidang mesyuarat tergempar susulan kejadian terbaharu itu.

Kementerian Dalam Negeri Mesir juga mengarahkan penangguhan semua perlawanan liga bola sepak tempatan di negara itu ekoran insiden berdarah antara penyokong kelab elit Zamalek dan pasukan kejuruteraan petroleum ENPPI.

Peristiwa terburuk itu mengulangi sejarah sama di Port Said pada 2012 apabila lebih 70 orang maut selepas berlaku rempuhan penyokong di stadium Kaherah yang panik akibat disuraikan polis antirusuhan dalam satu perlawanan bola sepak.

Jurucakap pihak berkuasa, Hani Abdel Latif berkata, para peminat sepatutnya menyaksikan satu perlawanan Liga Perdana Mesir tetapi mereka yang tiada tiket dilaporkan cuba memaksa masuk ke kawasan stadium sekali gus mencetuskan satu rempuhan.

Menurut saksi, kebanyakan mati lemas selepas polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan peminat di luar stadium yang marah kerana hanya 10,000 orang dibenarkan masuk padahal stadium itu boleh menampung kapasiti 30,000 orang.

Persekutuan Bola Sepak Mesir dilaporkan mula membenarkan baki 20,000 penonton memasuki stadium Cairo Air Defense ketika perlawanan separuh masa kedua hendak bermula dan dua pasukan itu pula terikat seri 1-1.

Ada juga yang mendakwa pihak berkuasa tempatan hanya membuka satu pintu kecil untuk para penyokong bola sepak masuk dan keadaan sesak teruk mencetuskan rempuhan, kata ketua pasukan kecemasan Mesir, Khaled al-Khatib.

Beliau turut mengesahkan, seramai 22 anggota polis yang bertugas mengalami kecederaan dan 25 orang awam dilaporkan cedera sebagai pesakit luar, manakala 18 orang lagi ditahan polis kerana cuba melakukan rusuhan. – Agensi

Penyokong Bola Sepak Mesir Merusuh Masuk Stadium, 40 Maut Penyokong Bola Sepak Mesir Merusuh Masuk Stadium, 40 Maut Reviewed by Unknown on February 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.