Seo Services

Saintis Hasilkan Yogurt Daripada Bakteria Vagina Sendiri


Wisconsin – Ia merupakan satu uji kaji yang menjijikkan dan tidak terfikir oleh akal. Itu yang berlaku kepada seorang saintis yang juga pelajar PhD di Universiti Winconsin, Cecilia Westbrook. Dia menggunakan bakteria daripada vaginanya sendiri untuk menghasilkan yogurt.

Menurut Westbrook, pada mulanya dia ingin menggunakan sperma lelaki namun disebabkan dia gagal memperolehinya, maka dia terfikir untuk menggunakan bakteria berkenaan.

“Jika anda boleh menghasilkan yogurt daripada flora, kenapa ia tidak boleh.

“Sudah tentu sebagai seorang feminis, saya ingin katakan bahawa terdapat kecantikan dalam badan yang boleh diterokai dan dijadikan makanan,’’ katanya yang memberi alasan kenapa dia menghasilkan uji kaji menjijikkan itu.

Westbrook menggunakan sudu kayu untuk mendapatkan bakteria itu dan kemudiannya meninggalkan bakteria dalam yogurt itu semalam.

Selepas bangun tidur, dia makan yogurt berkenaan bersama blueberry dan menyifatkan rasanya sama seperti yogurt India.

Selepas menjalankan kajian berkenaan, dia dan temannya, Janet Jay mengemukakan uji kaji berkenaan kepada microbiologis di universiti Idaho, Larry Forney.

Forney bagaimanapun memberi amaran ia adalah idea yang teruk dan boleh menyebabkan uji kaji itu berakhir dengan sesuatu yang buruk kerana terdapat banyak bakteria dalam vagina, bukan hanya bakteria lactobacilli yang biasa digunakan untuk menghasilkan yogurt. - MYNEWSHUB


Saintis Hasilkan Yogurt Daripada Bakteria Vagina Sendiri Saintis Hasilkan Yogurt Daripada Bakteria Vagina Sendiri Reviewed by uMieySurianie on February 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.