KUCHING: Sarawak adalah di antara negeri dalam Malaysia yang terendah bilangan tangkapan penagih dadah pada tahun lepas.
Menteri Muda Perumahan Dan Menteri Muda Pembangunan Sosial (Pembangunan Belia) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, statistik polis telah mencatat jumlah tangkapan berkaitan dengan kes dadah sebanyak 5,237 kes.
"Kebanyakan dadah yang digunakan adalah jenis "dadah designer" seperti metaphamine-syabu, Eramin5 dan juga "dadah orang miskin" seperti Nospan dan Codine."
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar setelah meghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penyelaras Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini pagi tadi.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Karim yang baru dilantik sebagai Pengerusi PEMADAM Sarawak mengingatkan, tugas dan tanggungjawab PEMADAM amatlah penting khususnya mendidik pencegahan dadah bersama-sama PEMADAM dalam usaha mendokong pendidikan pencegahan kita ke arah merealisasikan Negara dan Negeri kita bebas dadah menjelang 2020 dan tahun-tahun seterusnya.
Beliau juga berkata perlu untuk kita memperlengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran yang lebih besar serta impak yang pelbagai terhadap kesejahteraan sosial kita kasnya.
Karim turut menjelaskan bahawa memainkan peranan aktif serta memikul tanggungjawab membantu mengatasi masalah isu penagihan dadah bagaikan tiada kesudahan walaupun kerajaan mengisytiharkannya sebagai masalah utama Negara.
“Terjebak dalam penagihan dadah bukan sahaja merosakan kehidupan diri sendiri, malah menimbulkan masalah sosial kepada anggota masyarakat yang lain,” katanya lagi.
Bagi mengelakan masalah ini dari terus berlaku, Karim menjelaskan pelbagai cara untuk membendung masalah ini seperti menempatkan mereka di penjara dan memberikan rawatan di Comunity Care and Cure Centre anjuran pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
“Kita sebagai Peneraju Pengerusi dan ahli-ahli PEMADAM di Peringkat Daerah, strategi dan program berterusan hendakalah perlu diatur untuk memerangi gejala ini supaya dapat diatasi bersama.”
“Saya melihat usaha membenteras atau mencegah penyalahgunaan dadah sebagai satu tanggungjawab untuk membawa generasi muda yang terkeluar dari landasan agar kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Karim menekankan bahawa faktor masa atau kesibukan tugas tidak wajar dijadikan alasan untuk kita sebagai Pengerusi PEMADAM Daerah menjauhkan diri daripada tanggungjawab.
“Saya khuatir hasrat untuk melihat negeri bebas dari dadah tidak akan tercapai jika kita sebagai Peneraju tidak menunjukan komitmen,” katanya lagi.
Karim menyeru agar kita melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan segala maklumat serta kemahiran dalam usaha kita memperkasakan pendidikan pencegahan dadah bukan sahaja di kawsan kita masing-masing bahkan di seluruh pelusuk tanah air kita. - Sarawakiana
Sarawak, Antara Negeri Terendah Bilangan Penagih Dadah Ditahan
Reviewed by uMieySurianie
on
February 24, 2015
Rating:
No comments: