Seo Services

Semua Negara Mesti Hormati Hak Negara Lain


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan dunia akan mencapai keamanan sekiranya tiada negara yang cuba campur tangan dalam urusan negara lain.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika negara di dunia mempunyai pelbagai ideologi seperti demokrasi dan komunis, keamanan mampu dipertahankan jika setiap negara menghormati kedaulatan masing-masing.

"Semua negara perlu menghormati hak negara lain dari aspek pentadbiran dan hala tuju negara tanpa perlu mencampuri ideologi kerana itu hak rakyat negara terbabit.

"Hubungan Malaysia dan Cuba sudah terjalin erat sejak 40 tahun lalu... sepanjang jalinan itu, saya tidak pernah lihat Malaysia cuba mencampuri pentadbiran dan ideologi, begitu juga sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena ulang tahun hubungan Malaysia dan Cuba ke 40 tahun anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, sebentar tadi. - BH


Semua Negara Mesti Hormati Hak Negara Lain Semua Negara Mesti Hormati Hak Negara Lain Reviewed by JANUARIUS on February 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.