Seo Services

Semua Projek Infrastruktur Luar Bandar Sarawak Disegerakan


KUCHING: Semua pelaksanaan projek infrastruktur untuk kepentingan rakyat di negeri Sarawak, terutama di kawasan luar bandar akan disegerakan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keutamaan akan diberi kepada semua projek-projek yang dijanjikan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 dan Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 sebelum ini.

Muhyiddin menyatakan, arahan mengenalpasti projek yang menghadapi kelewatan di kawasan-kawasan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) telah di keluarkan dan akan di kemukakan kepada Sekretariat BN Negeri untuk tindakan selanjutnya.

"Kelewatan pada beberapa projek ini disebabkan oleh perkara tertentu seperti isu teknikal seperti tanah dan kontraktor dan perkara inlah yang kita akan berikan perhatian utama demi kepentingan rakyat," katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem bersama presiden-presiden parti komponen BN Sarawak tengahari tadi.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran yang tiba di Sarawak pada pagi tadi buat rangka lawatan kerja selama dua hari di sini.

Pertemuan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya ini dihadiri oleh Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian. - Sarawakiana
Semua Projek Infrastruktur Luar Bandar Sarawak Disegerakan Semua Projek Infrastruktur Luar Bandar Sarawak Disegerakan Reviewed by Salfian Nawawi on February 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.