Seo Services

Tiada Aktiviti Rekrut Pengganas Di Maahad Tahfiz, Madrasah Sarawak


KUCHING: Maahad tahfiz dan madrasah di Sarawak bebas daripada sebarang anasir berkaitan merekrut pengganas, dedah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau memberitahu, setakat ini tiada laporan atau kes yang diterima mengaitkan maahad tahfiz dan madrasah di negeri ini terlibat dalam sebarang aktiviti pengganas.

“Setakat ini belum ada (laporan atau kes) diterima,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) ketika diminta mengulas mengenai isu melibatkan maahad tahfiz dan madrasah sebagai lokasi merekrut militan ideologi jihad Negara Islam (IS), semalam.

Namun Daud berkata pihaknya sentiasa memantau kesemua sekolah tahfiz dan madrasah di negeri ini bagi memastikan Sarawak bebas daripada sebarang aktiviti militan.

Kelmarin, Persatuan Istitusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS) turut menafikan bahawa kesemua institusi berkenaan terlibat dalam penyebaran ideologi IS.

Pengerusinya Ustaz Ashri Lateh Al-Muqril berkata, 160 sekolah tahfiz yang berdaftar di Selangor tidak pernah memberi galakan kepada pelajarnya terlibat dalam sebarang aktiviti militan.

“Kumpulan militan itu bukan hanya bercanggah dengan falsafah pendidikan tahfiz malah terpesong jauh daripada ajaran agama Islam sebenar,” ujarnya. - UB

Tiada Aktiviti Rekrut Pengganas Di Maahad Tahfiz, Madrasah Sarawak Tiada Aktiviti Rekrut Pengganas Di Maahad Tahfiz, Madrasah Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on February 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.