Seo Services

Warga Emas Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Kuching




KUCHING: Kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan kereta jenis Toyota Vios di simpang empat Jalan Pasir Pandak di sini meragut nyawa seorang lelaki warga emas petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai John Chong, 78, disahkan meninggal dunia selepas tersepit hampir 15 minit di tempat duduk penumpang hadapan sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Difahamkan, semasa kejadian mangsa bersama seorang anak lelakinya dalam perjalanan dari Santubong menuju ke pusat bandar apabila kereta mereka berlanggar dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Impak pelanggaran tersebut mengakibatkan kedua-dua kenderaan tersebut terbabas sehingga menyebabkan mangsa yang berasal dari Stampin itu tersepit di dalam keretanya.

“Anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian sebelum dia (mangsa) disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” kata sumber.

Sementara itu, anak mangsa dan pemandu lori dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan daripada anggota paramedik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Anggota polis dari cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching turut hadir di tempat kejadian untuk melakukan siasatan. - UB
Warga Emas Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Kuching Warga Emas Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Kuching Reviewed by uMieySurianie on February 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.