Selepas memenangi Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari, nama kumpulan Zero semakin meningkat naik dan dikenali ramai. Namun disebalik kejayaan tersebut timbul pelbagai spekulasi tentang Zero.
Jika sebelum ini Syaiful Zero dihentam peminat kerana bertindak menunda perkahwinannya, terbaru Zero dituduh berlagak ekoran beberapa perkara yang tidak mendapat persetujuan. Betul ke Zero dah mula besar kepala? Setahu kami rambut Atu je yang kembang.
Menurut seorang pengurus acara, Zero sudah berubah dan semakin berlagak setelah memenangi MLM2014. Jika dahulu senang sahaja nak berurusan dengan mereka tetapi sekarang sudah sebaliknya.
Tambah pengurus tersebut, dia ada berurusan dengan kumpulan tersebut untuk menjayakan sebuah acara tetapi malangnya tidak mendapat persetujuan.
Mungkin ‘habuan’ yang ditawarkan terlalu rendah dan tak setanding dengan gelaran juara yang mereka miliki? Atau mungkin juga mereka busy, siapa tahu kan?
Tolak Tawaran Astro?
Pada masa sama Zero juga dikhabarkan menolak untuk menjadi artis di bawah pengurusan Astro. Bagi kami ada logiknya sebab mereka bertiga bakal muncul dengan sebuah filem setelah menandatangi kontrak bersama dengan MIG.
Apa-apa pun kita tunggu jawapan daripada Zero sendiri berhubung dakwaan besar kepala tersebut dan harap adanya jalan penyelesaian antara kedua-dua belah pihak. Pantang mundur kecuali operasi! - Utusan Online
Zero Mula Besar Kepala?
Reviewed by uMieySurianie
on
February 24, 2015
Rating:
No comments: