Seo Services

Al-Fatihah, Harun Salim Bachik Meninggal Dunia


Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik meninggal dunia sebentar tadi setelah rebah dalam tandas di kawasan rehat PLUS Bukit Merah.

Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.

"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Allahyarham dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Allahyarham Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim adalah seorang pelakon komedi.

Allahyarham adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Salim Bachik dan mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an.

Gandingan Allahyarham bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom Rumah Kedai diingati sehigga ke hari ini.

Selain daripada drama Rumah Kedai, Allahyarham juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang di tayangkan di TV1. Gado-gado adalah batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.

Selain berlakon Allahyarham juga merupakan seorang penyanyi dan pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah.

Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir sementara antara filem-filem lakonan Allahyarham adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati.

Allahyarham menjadi Presiden Seniman , sebuah persatuan (NGO) yang memperjuang nasib artis di Malaysia.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan bagi industri hiburan Malaysia. Al-Fatihah. - Sarawakiana



Al-Fatihah, Harun Salim Bachik Meninggal Dunia Al-Fatihah, Harun Salim Bachik Meninggal Dunia Reviewed by Salfian Nawawi on March 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.