Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengakui bahawa mutu pengadilan perlawanan di antara pasukan Johor Darul Ta'zim menentang Sarawak di Stadium Larkin semalam begitu teruk dan perlu dipertingkatkan dengan segera.
Menurut kenyataan TMJ yang dimuat turun pada FB Johor Southern Tigers, TMJ bersetuju dengan pandangan daripada pemain JDT dan Sarawak bahawa mutu pengadilan hari ini begitu teruk.
"Perlawanan Liga Super Malaysia antara pasukan Johor Darul Ta'zim menentang Sarawak di Stadium Larkin menyaksikan mutu pengadilan masih lemah dan begitu ketara."
"Saya begitu berharap agar badan induk bola sepak iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini kerana tanpa sistem pengadilan yang lebih baik, pembangunan bola sepak negara tidak akan ke mana."
Semalam, Sarawak kalah tipis 2-1 kepada JDT namun beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil pada sepanjang perlawanan tersebut tidak begitu memuaskan hati peyokong, terutamanya penyokong dari negeri Sarawak. - Sarawakiana
TMJ Akui Mutu Pengadilan Perlawanan JDT-Sarawak Malam Tadi Teruk
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 08, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 08, 2015
Rating:


No comments: