Seo Services

CUEPACS tidak akan bela penjawat awam buat kesalahan

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan serius yang boleh menggugat keselamatan negara.

Timbalan Presiden II, Mohd. Shaman Jaes menyifatkan penahanan beberapa individu yang merupakan penjawat awam menunjukkan pihak berkuasa tegas menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira siapa.

Beliau mengulas penahanan seorang penjawat awam berusia 39 tahun kerana terlibat dengan kegiatan militan IS serta penahanan 25 pegawai polis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes berkaitan melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand, baru-baru ini.

“Kita rasa sedikit terkilan kerana masih ada lagi penjawat awam yang terlibat dengan perkara-perkara sebegini dan ada saya ini soal tidak amanah.

“CUEPACS menyeru semua penjawat awam supaya tidak terlibat dengan apa-apa pertubuhan atau perkara yang haram di sisi undang-undang negara. Dalam program CUEPACS seterusnya, kita akan menitikberatkan lagi soal disiplin,” katanya. - Bernama


CUEPACS tidak akan bela penjawat awam buat kesalahan CUEPACS tidak akan bela penjawat awam buat kesalahan Reviewed by Admin on March 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.