KUCHING: Kedatangan Menteri Besar Selangor Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR ke Sarawak semalam telah di boikot oleh DAP Sarawak.
Ini dimaklumkan oleh Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen iaitu Abdul Aziz Isa ketika dihubungi Sarawakiana sebentar tadi.
"DAP masih dengan keputusan Komiti Negeri iaitu memboikot semua acara PKR dan PAS sehinggalah Muktamar PAS yang akan diadakan pada bulan Jun 2015 nanti," jelasnya lagi.
Aziz, yang juga penyelaras Pusat Khidmat Tupong juga berkata, pengumuman Azmin untuk PKR bertanding di tiga kawasan di Petra Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan di adakan bila-bila masa juga tidak mengejutkan mereka (DAP).
Menyifatkan Azmin mungkin tidak tahu sentimen bawahan dan mendapat informasi yang kurang tepat dari PKR cabang atau negeri, Aziz yang telah diwar-warkan bakal menjadi calon DAP Tupong pada PRN kelak menegaskan, walauapa pun, DAP tetap akan fokus kepada dua kawasan di Petra Jaya.
Dalam masa yang sama, Aziz juga memberi pujian akan lawatan Azmin kerana ia memberi semangat kepada anak muda masa pilihanraya serta membakar mood pilihanraya terutamanya di kawasan Petra Jaya.
Azmin dijadualkan dalam rangka lawatan ke Sarawak bermula dari semalam dan setakat ini, beliau yang ditemani oleh Ketua Angkatan Muda KeAdilan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor Nik Nazmi, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Daroyah Alwi serta ADUN Taman Medan Haniza Mohamed Talha telah mengadakan ceramah di Semarak dan Mambong di sini. - Sarawakiana
DAP Boikot Kedatangan Azmin Ali Ke Sarawak
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 02, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 02, 2015
Rating:

No comments: