PUTRAJAYA: Dua orang banduan yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di penjara tahun lalu berjaya mendapat 8A dalam keputusan yang diumumkan baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain dua calon itu, masing-masing tiga orang banduan telah mendapat 7A dan 6A sementara lima orang mendapat 5A dalam SPM 2014.
“Selain itu, sebanyak 11 orang telah mendapat 4A, sepuluh orang mendapat 3A, 12 orang mendapat 2A dan 23 orang pula mendapat 1A.
“Secara keseluruhan, sebanyak 69 daripada 178 banduan telah mendapat sekurang-kurangnya 1A dalam SPM. Keadaan ini menunjukkan penjara bukan tempat menghukum semata-mata, tetapi tempat mendidik,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Ketika mengulas mengenai prestasi Jabatan Penjara, Ahmad Zahid sempat memesan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar supaya menjaga seorang ‘banduan baharu’ dengan baik.
“Saya serah kepada Ketua Pengarah, jagalah dia dengan elok-elok,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan kerana mengendalikan pertikaian dalaman MIC secara profesional.
“Kita jangan campur tangan dalam pentadbiran mana-mana organisasi. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menjalankan tugas (berkaitan MIC) dengan bersandarkan peraturan MIC sendiri,” katanya. -UM
Dua Banduan Dapat 8A Dalam SPM
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 12, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 12, 2015
Rating:

No comments: