Sejak semalam kecoh dengan gambar anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Komuniti Mak Mandin,Butterworth yang terlelap ketika bertugas telah tersebar sekaligus mencetuskan sensasi dan mendapat kritikan orang ramai.telah tersebar luas di laman-laman sosial.
Susulan daripada kes berkenaan, pihak polis Pulau Pinang dilaporkan telah mengambil tindakan terhadap dua anggota tersebut.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar) susulan dengan tersebarnya foto tersebut, satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka untuk tindakan disiplin keatas kedua-dua anggota tersebut.
“Sementara menunggu siasatan dan keputusan tindakan disiplin, dua anggota itu diarah bertukar dalam tempoh 24 jam ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
“Saya memandang serius perkara itu dan tindakan tegas akan diambil,” tambahnya.
Dalam foto tersebut, anggota polis lelaki dan wanita yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan dilihat tidur tanpa menyedari gambar mereka diambil.
Gambar Tidur Tersebar, Dua Anggota Polis Dikenakan Tindakan Tatatertib
Reviewed by Unknown
on
March 12, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 12, 2015
Rating:

No comments: