Seo Services

Penganggur Ditahan Kerana Memiliki Dadah


LAWAS: Seorang penganggur ditahan polis kerana memilik dadah jenis Syabu  di hadapan sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Gaya, Jalan Gaya, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam serbuan dan pemeriksaan pada jam kira-kira jam 10.43 malam tadi polis juga telah menemui dadah syabu yang seberat 0.10 gram.

"Sepasukan anggota polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah melakukan pemeriksaan terhadap suspek, yang berusia 22-tahun dari Kampung Murud Suang Trusan."

"Semasa membuat pemeriksaan tubuh badan suspek, polis telah menemui satu keratan straw berwarna hijau muda yang berisi hablur kristal yang disyaki dadah jenis syabu," katanya lagi.

Abang Zainal menambah, ujian saringan awal air kencing yang dilakukan juga mendapati suspek positif methapetamine dan amphetamine, dan tangkapan dibuat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. - Sarawakiana
Penganggur Ditahan Kerana Memiliki Dadah Penganggur Ditahan Kerana Memiliki Dadah Reviewed by Salfian Nawawi on March 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.