Seo Services

Lelaki Maut Jatuh Dari Bangunan


KUCHING: Mayat seorang lelaki berusia 22-tahun yang dipercayai jatuh dari sebuah bangunan di Jalan Canna di sini tengah malam tadi.

Mayat mangsa, yang dikenalpasti identitinya sebagai sebagai Mohamamad Norafi Abdul Wahab dari Samarahan ditemui dalam keadaan terbaring ditempat parking kereta oleh orang awam lebuh kurang jam 12 tengah malam.

Penolong Pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak yang tiba di tempat kejadian setelah dihubungi mengesahkan mangsa telah pun meninggal.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan polis sedang menyiasat kes tersebut. - Sarawakiana
Lelaki Maut Jatuh Dari Bangunan Lelaki Maut Jatuh Dari Bangunan Reviewed by uMieySurianie on March 11, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.