SIBU : Polis cawangan Narkotik Sibu berjaya membongkar taktik baharu pengedaran dadah di bandar ini dengan penahanan tiga orang lelaki berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun di Sibu semalam.
Timbalan Ketua Polis Sibu, Superitendan Martin Khoo memberitahu, pada operasi tersebut polis menemui serbuk ecstasy seberat seribu-121 gram, 175 biji pil ecstacy dan wang tunai berjumlah 3-ribu 900 ringgit.
Bercakap di sidang media di Sibu, Martin Khoo mendedahkan Serbuk ecstasy ini dipaket didalam bungkusan kopi pra-campuran yang dibuka dan dipaket semula. Polis mempercayai ini merupakan modus operandi baharu yang digunakan sindiket dadah di bandar ini.
Selain rampasan yang bernilai lebih 22-ribu ringgit itu, polis juga menemui 5 botol cecair ketamine yang dicampur dengan minuman RedBull dan turut menyita sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux yang digunakan ketiga-tiga lelaki tersebut.
Harga pasaran bagi ecstacy dalam paket kopi pra-campuran tersebut adalah sekitar 220-ringgit sepaket manakala cecair ketamine yang dikenali sebagai ‘happy water’ itu dijual dengan harga sekitar 200-ringgit sebotol.
Ketiga-tiga lelaki tersebut didapati positif dadah dan kesemua mereka direman mulai hari ini untuk siasatan lanjut.
Polis kini sedang menyiasat sumber dadah ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. - RTM
Edar Dadah Dalam Paket Kopi, Tiga Ditahan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 12, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 12, 2015
Rating:

No comments: