Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa filem ‘Wolf of Wall Street’ terbitan syarikat milik anak tiri Mohd Najib Razak rugi besar adalah tidak tepat dan mengelirukan.
Tun Mahathir dalam serangan terbaru beliau ke atas Perdana Menteri Najib Razak meminta penyiasatan dilakukan ke atas Riza Aziz, anak Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan pertama beliau.
Mahathir menulis mempertikaikan kekayaan anak tiri Mohd Najib dan cuba mengaitkan kekayaan Riza dengan perniagaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut bekas Perdana Menteri tersebut,
Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?
9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.
Menurut penyelidikan kami, kekayaan Riza Aziz tidak pernah dikaitkan dengan kekayaan keluarga Tun Razak kerana Riza Aziz bukan sahaja tiada kena mengena dengan Tun Razak malah bukan anak Najib Razak. Malah Riza juga tidak tinggal dengan Datin Sero Rosmah sepanjang hidup mereka selepas penceraian pertama.
Manakala penyelidikan yang dilakukan ke atas filem yang didakwa rugi oleh Tun Mahathir menunjukkan fakta yang berbeza.
Filem terbabit mencatatkan kutipan sehingga USD 304.9 juta atau lebih kurang RM 1 Bilion sehingga November 2014. Red Granite Pictures milik Riza Aziz melaburkan USD 100 juta untuk penerbitan filem ini.
Ini sekaligus menafikan tuduhan bahawa filem ini kerugian dan Riza Aziz mengaut kekayaan melalui 1MDB.
Domestically, Wolf of Wall Street has earned $107.9 million to date. Overseas, it has taken in $196.9 million for a global total of $304.9 million. The results are especially impressive considering the film’s three-hour running time and restrictive ratings.
The film’s performance is a victory for Red Granite Pictures, which fully financed the $100 million movie, as well as Paramount, which is handling the film in North America and Japan. -MYKMU
Filem Anak Tiri Najib Untung USD 200 juta
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 14, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 14, 2015
Rating:


No comments: