Seo Services

KM Lulus RM1 Juta Bina Dewan SK BumiPutera


LUNDU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meluluskan peruntukan berjumlah RM1 juta untuk pembinaan dewan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bumiputera dekat sini.

Ketika melawat sekolah itu semalam, Adenan menyampaikan berita gembira itu kepada Guru Besar SK Bumiputera, Annuar Lai dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bumiputera Abdul Razak Abdul Wahab.

Abdul Razak ditemui selepas lawatan itu berkata, Ketua Menteri memberi respons positif dan bersetuju dengan peruntukan untuk pembinaan dewan tersebut.

“Kita bersyukur kerana kunjungan Ketua Menteri kali ini membawa berita menggembirakan seluruh warga sekolah.

“Dewan ini amat diperlu pelajar terutama bagi menjalankan aktiviti tertentu seperti bersukan atau perhimpunan,” katanya.

Manakala Annuar turut melahirkan rasa gembira dengan perkara itu berkata, dewan tersebut amat diperlukan untuk memudahkan sebarang aktiviti dijalankan.

Selain pembinaan dewan katanya, SK Bumiputera turut menerima peruntukan RM1 juta untuk pembinaan sebuah blok baharu yantg menempatkan bilik pejabat dan bilik Sains.

“Pada masa ini bilik pejabat dan bilik Sains terpaksa berkongsi bilik yang sama. Apabila projek ini siap nanti, sekolah ini akan mempunyai bilik pejabat dan bilik Sains berasingan,” ujarnya.

Annuar menambah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan peruntukqan berjumlah RM200,000 untuk pembinaan blok baharu untuk menempatkan pelajar pendidikan khas.

“Sekarang pelajar pendidikan khas terpaksa berkongsi bilik lain,” jelasnya.

Projek bermula November tahun lepas dijangka siap sepenuhnya pada April depan. - UB


KM Lulus RM1 Juta Bina Dewan SK BumiPutera KM Lulus RM1 Juta Bina Dewan SK BumiPutera   Reviewed by uMieySurianie on March 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.