LAWAS: Seorang lelaki warganegara Filipina meninggal akibat kecederaan parah di bahagian kepalanya setelah dipukul oleh rakannya ketika dalam satu sesi minum minuman keras.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa dikenalpasti identitinya sebagai Galisah, 46, seorang pekerja kem pembalakan sementara suspek juga telah dikenalpasti hanya dengan nama Ricko, 24 tahun yang juga merupakan warganegara Filipina.
"Kejadian yang berlaku di kawasan Kem Balak, Fung Long, Jalan Trusan, Lawas, Ahad lalu dimana kedua-dua mereka telah bergaduh dan mangsa telah dipukul menggunakan kayu dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya lagi.
"Selepas bergaduh, suspek dikatakan telah melarikan diri ke dalam hutan dan gagal dijejaki hingga kini," kata Abang Zainal lagi sambil menambah, semalam mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Kinabalu untuk mendapat rawatan lanjut tetapi keadaan kecederaan mangsa agak parah di bahagian otak.
Beliau menjelaskan, usaha untuk membuat pembedahan tidak dapat dijalankan kerana tiada ahli keluarga mangsa hadir untuk memberi persetujuan dan kos pembedahan amat tinggi iaitu melebihi RM 10,000.
"Mangsa yang kemudiannya dihantar balik ke Hospital Lawas pada hari ini disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi dan mayat telah dituntut oleh waris terdekat dan dihantar ke kilang kayu majikan mangsa untuk proses dihantar pulang ke negara asal mangsa," katanya lagi.
Abang Zainal berkata, kes itu telah diklasifikasikan semula dari Seksyen 324 Kanun Keseksaan, menyebabkan kecederaan kepada 302 Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian.
Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menjejaki Ricko (Gambar di bawah), yang berbangsa Bisaya,berketinggian 5 kaki, rambut pendek berpacak di tengah dan tidak mempunyai tatu. - Sarawakiana
Gara-gara Mabuk, Lelaki Maut Dipukul Rakan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 10, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 10, 2015
Rating:


No comments: