Seoul – Seorang lelaki yang dipenjara 10 tahun lalu atas kesalahan mencuri, menjalani pembedahan kosmetik untuk mengubah penampilannya sebelum melakukan rompakan sepanjang sebelas bulan, bermula April lalu.
Menurut polis, lelaki berusia 35 tahun itu, yang namanya tidak didedahkan ditangkap 23 Mac lalu selepas terbabit dalam 87 rompakan di seluruh Korea Selatan.
Sepanjang tempoh itu, dia merompak barangan dan wang tunai berjumlah lebih RM1.78 juta.
Polis berkata, suspek yang dipenjara kerana mencuri pada 2005 menjalani pembedahan plastik bagi mengubah struktur rahangnya dan prosedur memanjang kakinya supaya lebih tinggi.
Lelaki berkenaan mengaku melakukan rompakan itu tetapi berkata, dia menjalani pembedahan kerana tidak sukakan penampilannya sebelum ini,
Korea Selatan mempunyai lebih 4,000 klinik pembedahan plastik dan mencatatkan kadar pembedahan kosmetik paling tinggi di dunia.
Suspek mencipta sendiri peralatan untuk membuka kunci digital bagi membolehkan dia memasuki rumah mangsa. – Agensi
Jalani Pembedahan Kosmetik Untuk Mencuri
Reviewed by uMieySurianie
on
March 31, 2015
Rating:
No comments: