Seo Services

Jambatan Kayu Runtuh Angkara Lori 5 Tan


Padawan: Lebih 1,000 penduduk daripada 260 keluarga terputus hubungan selepas Jambatan Sungai Merah menghubungkan empat kampung di Annah Rais di sini, runtuh, semalam.

Jambatan kayu itu dikatakan runtuh ketika dilalui sebuah lori lima tan, namun pemandu berusia 56 tahun bernasib baik kerana tidak cedera selepas menyelamatkan diri.

Kejadian itu menyebabkan lori mangsa terjatuh dan terbalik dalam sungai berkenaan.

Kampung terjejas ialah Kampung Sadir dan Kampung Simuti, masing-masing membabitkan 80 keluarga dan Kampung Sibuang dan Kampung Sebekar yang membabitkan 50 keluarga.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Farhan Sufiyan Borhan berkata, ketika ini, ada penduduk pergi ke kampung mereka dengan berjalan di sebalik runtuhan jambatan.-HM
Jambatan Kayu Runtuh Angkara Lori 5 Tan Jambatan Kayu Runtuh Angkara Lori 5 Tan Reviewed by Unknown on March 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.