SIBU: Sebuah keranda terpakai ditemui di tepi parit berdekatan sebuah tanah perkuburan di Engkalat pagi semalam.
Penduduk kampung di Engkalat yang sedang menjalankan urusan pengebumian di tanah perkuburan berkenaan tersentak apabila mendapati keranda itu berada di tepi parit di situ.
Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Assan memberitahu, dia terkejut apabila mendapati keranda berkenaan berada di situ ketika penduduk kampungnya sedang melakukan pengebumian mendiang ibu mentuanya pada jam 6 pagi.
Pihak polis yang dimaklumkan tiba di lokasi kejadian pada jam 8.30 pagi.
Setelah diperiksa, polis hanya menemui beberapa helai pakaian dan barangan lain di dalam keranda.
Tiada rangka tulang ditemui di dalam keranda tersebut.
Assan percaya keranda tersebut telah berada di situ sejak dua hingga tiga hari lalu.
Sebelum ini, terdapat 30 kubur telah dicerobohi penyangak kubur yang terletak kira-kira 200 meter daripada rumah panjang Assan.
Menurutnya, tanah perkuburan itu yang sudah berusia 50 tahun juga pernah diusik oleh penyangak kubur Januari lalu. - UB
Keranda Ditemui Ditepi Parit
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 13, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
March 13, 2015
Rating:

No comments: