Seo Services

Mengamuk Kerana Cinta Ditolak


KUALA TERENGGANU: Bengang cintanya ditolak, seorang pemuda hilang pertimbangan apabila melepaskan perasaan kecewanya dengan mengamuk seperti orang tidak siuman di hadapan kediaman gadis yang digilainya.

Dalam kejadian di Kampung Banggol, Tok Jiring, kira-kira jam 2 pagi di sini, Selasa lalu itu suspek berusia 31 tahun turut meluahkan kata-kata ugutan akan membunuh mangsa, 16, sekiranya masih berdegil tidak mahu terima cintanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang lena tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek yang melaungkan namanya beberapa kali di luar rumah.

“Suspek yang dikenal dengan panggilan Mat Yoe itu dalam keadaan marah-marah memaksa mangsa keluar dari rumah segera sebelum mengugut mahu membunuh mangsa.

“Mat Yoe turut tuduh mangsa ambil dadah dalam simpanannya sebelum ini,” katanya, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, dua hari sebelum kejadian itu, mangsa mendakwa suspek pernah mengamuk dan menyerangnya dengan sebilah keris sambil memaksa mangsa menyayanginya.

“Mangsa turut mendakwa suspek telah menyerang dengan menceroboh masuk ke dalam biliknya sambil mengacukan sebilah keris kerana bengang mangsa tetap berdegil enggan menerima cintanya.

“Mangsa memaklumkan insiden itu tidak dilaporkan kepada polis kerana anggap suspek tidak mengulanginya lagi,” katanya.

Bagaimanapun katanya, mangsa nekad membuat laporan polis selepas insiden kali kedua itu kerana bimbang akan keselamatan dirinya dan keluarga pada masa akan datang.

Susulan laporan diterima, suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - SinarHarian
Mengamuk Kerana Cinta Ditolak Mengamuk Kerana Cinta Ditolak Reviewed by Salfian Nawawi on March 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.