Nama Lindsay Lohan cukup sinonim dengan kontroversi dan sering menjadi perhatian pihak media kerana masalah penyalahgunaan dadah.
Tindakan artis jelita terkenal Amerika Syarikat memuat naik gambar ayat al-Quran berkaitan ilmu pengetahuan di akaun sosial Instagram mencetuskan spekulasi bahawa beliau tertarik kepada Islam.
Perkongsian ayat Al-Quran yang bermaksud ‘Ya Tuhanku, tingkatkan aku dengan ilmu pengetahuan’ dan ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu pengetahuan yang bermanfaat’ dilapor telah dimuat naik Lindsay Lohan beberapa jam yang lalu
Rata-rata pengguna Internet menyambut status terkini itu dengan ungkapan “alhamdulillah” dan “amin”.
Persoalan, kenapa dia memuat naik foto berkenaan? Hanya Lohan saja yang tahu.
Tapi apapun, ia adalah hak masing-masing dan tidak salah kalau ia bertujuan untuk meluahkan rasa bersyukur walaupun dia bukanlah seorang yang beragama Islam.-Sarawakiana
Lindsay Lohan Cetus Kontroversi Muat Naik Ayat Al-Quran
Reviewed by Unknown
on
March 03, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 03, 2015
Rating:

No comments: