KUCHING: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali percaya rakyat Selangor perlu mencontohi rakyat Sarawak yang begitu bertolak ansur dalam aspek keagamaan selain hidup harmoni meskipun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.
Beliau yang menamatkan lawatan kerjanya selama tiga hari ke Sarawak semalam memberitahu bahawa beliau dimaklumkan oleh Ketua Biskop Anglika bagi Wilayah Asia Tenggara Datuk Bolly Lapok bahawa 40 peratus rakyat Sarawak beragama Kristian tetapi masih boleh bekerjasama erat serta mempunyai hubungan harmoni dengan penduduk beragama Islam di negeri ini.
“Sudah tentu, kita (rakyat Selangor) boleh mempelajari banyak perkara daripada rakyat Sarawak.
“Saya diberitahu oleh ketua Biskop, 40 peratus rakyat Sarawak beragama Kristian tetapi mereka boleh bekerjasama dan mempunyai hubungan sangat harmoni dengan orang Islam di sini,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini semalam.
Azmin yang merupakan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada masa sama berterima kasih kepada Bolly kerana memainkan peranan penting menyelesaikan isu Al-Kitab di Selangor baru-baru ini.
“Saya mesti mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua Biskop kerana membantu kami menyelesaikan isu yang sangat sensitif ini.
“Saya fikir kita perlu terus ada kerjasama dan dialog antara umat Islam dan Kristian, dengan itu kita akan lebih memahami antara satu sama lain.
“Saya juga berbincang dengan beliau cara untuk kami terus mengendali atau menghoskan dialog melibatkan penganut pelbagai agama dan budaya pada masa akan datang,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.
Tambahnya untuk mempromosikan pemahaman lebih baik antara umat Islam dan Kristian, Kerajaan Negeri Selangor memberi sokongan kepada Jabatan Agama Islam negeri agar mengunjungi gereja bagi mengadakan dialog dengan pemimpin gereja di negeri itu.
Katanya selepas dua bulan, keputusannya sangat positif. - UB
Rakyat Selangor Perlu Mencontohi Rakyat Sarawak, Kata Azmin
Reviewed by uMieySurianie
on
March 04, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
March 04, 2015
Rating:

Pahit yang harus ditelan..realitinya memang benar
ReplyDelete