Seo Services

Terbukti 1MDB Bersih Dari Penyelewengan



Kini sudah nyata lagi bersuluh bahawa syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bebas dan bersih dari sebarang penyelewengan.

Berdasarkan kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun memberi arahan kepada Ketua Audit Negara untuk membuat pengesahan secara bebas akaun syarikat berkenaan.

Perkara itu difahamkan sudah pun diberi taklimat kepada Kabinet dan mereka menerima penerangan yang diberikan.

Menurut PMO lagi, laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC).

PAC mempunyai wakil Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak iaitu Pembangkang dan Kerajaan supaya mencerminkan komposisi Parlimen.

“Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata Najib.

Memetik laporan Bernama, Najib semalam turut memanggil 1MDB dan juru audit mereka, Deloitte untuk menghadap Kabinet berikutan laporn media berkaitan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu.

“Setelah menerima penjelasan dari 1MDB dan Deloitte, Kabinet melahirkan keyakinan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku dalam 1MDB, dan hasrat mereka supaya syarikat itu dibenar melaksanakan hasil semakan strategiknya yang dicadangkan,” kata kenyataan itu.

Untuk menambah lebih lagi ketelusan berkaitan syarikat itu, kerajaan meminta Ketua Audit Negara pula untuk memeriksa akaun 1MDB sebagai langkah lanjutan.

1MDB telah memberikan taklimat berkaitan keadaan semasa serta menjawab siri pertanyaan yang dikemukakan menteri kabinet, termasuk Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Deloitte, katanya, memberi keterangan menyeluruh tentang urusan mereka dengan 1MDB dan mengesahkan bahawa firma itu telah mengaudit dan mengesahkan akaun syarikat berkenaan.

“Kabinet diberitahu bahawa dakwaan baru-baru ini yang ditujukan kepada 1MDB, adalah berkaitan transaksi pihak ketiga seperti Petrosaudi, bukan 1MDB.

“Pelaburan relevan 1MDB telah dikembalikan sepenuhnya dengan keuntungan signifikan yang tersedia diaudit,” menurut kenyataan itu.

Sejak kebelakangan ini, khususnya di laman-laman portal pro Pakatan Rakyat (PR) pelbagai laporan negatif dan tuduhan dilemparkan ke atas 1MDB khususnya berkaitan pelaburan yang dilaksanakannya.- PRU14.tv
Terbukti 1MDB Bersih Dari Penyelewengan Terbukti 1MDB Bersih Dari Penyelewengan Reviewed by Unknown on March 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.