Seo Services

#TragediMH370 : Dokumentari MH370 Dari National Geographic Hanya Ditayangkan di UK


Rakyat Malaysia berkemungkinan tidak berpeluang untuk menonton dokumentari National Geographic berkenaan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370.

Siaran dokumentari berkenaan julung kalinya akan ditayangkan di saluran National Geographic pada 8 Mac 2015 sempena memperingati setahun tragedi berkenaan.

Menurut Mirror Online, dokumentari berkenaan akan merungkai segala persoalan dan pendapat dari pakar-pakar penerbangan. Termasuk dakwaan yang mengatakan penerbangan MH370 telah sampai ke Antartika walaupun pesawat malang berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 orang penumpang dan anak kapal.

Pihak Astro ketika dihubungi oleh akhbar atas talian, National Geographic telah memaklumkan bahawa dokumentari yang bertajuk, "Malaysian 370:What Happened?" hanya disiarkan di United Kingdom.

Selain dari dokumentari dari National Geographic tersebut, banyak dokumentari-dokumentari berkenaan penerbangan MH370 dihasilkan.

Melalui internet dan laman video seperti YouTube juga, banyak video dan footage yang dihasilkan sama ada yang dihasilkan secara akademik mahupun yang dihasilkan atas teori konspirasi.

Antara dokumentari yang menceritakan tentang kehilangan pesawat berkenaan adalah

  • Flight 370: The Missing Links (Discovery Channel
  • Where is Flight MH370 (BBC Two)
  • Malaysia 370: The Plane That Vanished (Smithsonian Channel)
#TragediMH370 : Dokumentari MH370 Dari National Geographic Hanya Ditayangkan di UK #TragediMH370 : Dokumentari MH370 Dari National Geographic Hanya Ditayangkan di UK Reviewed by Unknown on March 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.