RABAT: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang mengalami kecederaan akibat luka terbakar peringkat ketiga selepas terbabit dalam nahas bas di Magribi minggu lalu meninggal dunia, kata pegawai perubatan pada Isnin, menjadikan angka kematian meningkat kepada 34 orang.
Dalam kejadian itu, sebuah bas terbakar selepas berlanggar dengan sebuah treler, menjadikannya sebagai salah satu nahas terburuk dalam sejarah negara utara Afrika.
Kebanyakan mangsa merupakan pelajar sekolah.
Budak perempuan tersebut merupakan salah seorang mangsa, menjalani beberapa rawatan namun meninggal dunia pada Isnin, kata ketua Hospital Ibn Tofail di Marrakesh, Hicham Nejmi kepada agensi berita Maghribi, MAP. - AFP
Angka Kematian Nahas Bas Di Maghribi 34 Orang
Reviewed by Unknown
on
April 14, 2015
Rating:
No comments: