Seo Services

Anwar terima penjelasan Baru Bian tak hadir kongres PKR


KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penjelasan bekas pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian tidak menghadiri Kongres Nasional parti itu, selepas menyebut namanya ketika berucap dalam sebuah program hujung minggu lalu.

“Beliau sudah menjelaskan secara terperinci (kenapa beliau tidak boleh hadir),” katanya selepas menyampaikan ceramah di Universiti Malaya hari ini.

“Kebimbangan saya ialah jika menteri kita sendiri memberi alasan seperti ini, maka tiada orang yang akan datang ke kongres itu.

“Tetapi, pendirian saya ialah beliau sudah memberi penjelasan, kami terima dan teruskan,” katanya sambil menambah beliau menasihatkan Baru “memastikan keutamaannya adalah betul” pada masa depan.

Baru yang juga menteri kerja raya sebelum ini memberitahu FMT, beliau tidak dapat menghadiri Kongres Nasional PKR ke-13 di Shah Alam kerana ada tugas kementerian yang perlu dilakukannya.

Beliau berkata, setiausaha politiknya sudah memaklumkan sekretariat Kongres Nasional PKR terlebih dahulu yang beliau tidak dapat hadir.

Bagaimanapun, Anwar dalam ucapannya Ahad lalu berkata, parti itu hanya membenarkan 2 menteri tidak menghadiri kongres itu kerana ada tugas yang perlu dilakukan mereka.

Ketika itu, katanya, Baru tidak memberi sebarang penjelasan berhubung ketidakhadirannya.

Hari ini, Anwar turut menyentuhkan kebimbangan disuarakan sesetengah pihak dalam PKR Sarawak yang ia bukan prerogatif presiden parti untuk memilih pengerusi negeri kerana negeri ada autonomi berhubung isu itu.

“Kita akan mematuhi perlembagaan (parti), tetapi saya rasa isu ini hanya disensasikan media,” katanya tanpa memberi butiran lanjut.

Ketua Penerangan PKR Sarawak, Vernon Kedit dilaporkan berkata, Sarawak dan Sabah mempunyai prerogatif memilih pengerusi negeri sendiri, tidak seperti negeri lain di mana presiden, dalam kes ini Anwar, melantik pemimpin parti negeri.

Baru sebelum ini berkata, beliau tidak mempertahankan jawatan lamanya, tetapi memberi ruang kepada pemimpin lain untuk menerajui PKR Sarawak.

Katanya, ini juga sebab beliau tidak bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. - FMT
Anwar terima penjelasan Baru Bian tak hadir kongres PKR Anwar terima penjelasan Baru Bian tak hadir kongres PKR Reviewed by Admin on November 23, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.