Seo Services

UPP bincang kedudukan dalam GPS pada EDC 8 Disember ini

Gambar Fail 
KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) akan membincangkan kedudukan dan hala tujunya bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Persidangan Perwakilan Luar Biasa (EDC), 8 Disember ini.

Presidenya Dato Sri Wong Soon Koh yang ditemui pemberita hari ini berkata beliau tidak mahu mengulas lebih mengenai kedudukan parti bersama GPS yang mana sehingga kini masih belum diputuskan oleh Ketua Menteri.

"Saya tidak mahu mengulas lebih mengenai perkara ini kerana keputusan adalah terletak di tangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS.

"Bagaimanapun perkara ini akan kami bincangkan pada EDC, 8 Disember ini termasuk cadangan penjenamaan semula parti," katanya.

Terdahulu Soon Koh yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang mempengerusikan sidang media mengenai Program eCommerce Shoutout 2018 di pejabatnya yang terletak di Bangunan Baitulmakmur di sini.

Program julung kalinya tersebut merupakan anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang (MITeC) dan akan berlangsung di Borneo744, Bintawa dekat sini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan program ini dengan objektif untuk mempromosikan eDagang dan usahawantekno kepada rakyat negeri ini terutama belia. - UTUSAN BORNEO
UPP bincang kedudukan dalam GPS pada EDC 8 Disember ini UPP bincang kedudukan dalam GPS pada EDC 8 Disember ini Reviewed by Admin on November 23, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.