Seo Services

Balu Allahyarham Koperal Razakan Terima Sumbangan Kerajaan


TUARAN: Balu Allahyarham Koperal Razakan Seran, Setinurafeni Andu dan ibunya, Subarah Jili, hari ini menerima sumbangan kerajaan Malaysia sebagai menghargai jasa Allahyarham yang terkorban dalam nahas helikopter ketika bertugas pada 4 April lalu di Semenyih, Selangor. 

Sumbangan kepada kepada Setinurafeni, 30, dan Subarah, 69, disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di kediaman ibu Allahyarham di Kampung Saradan, Tenghilan, di sini.

Imbuhan lain termasuk kemudahan yang diperoleh di bawah Akta Pencen Perkhidmatan Awam termasuk gratuiti selama Allahyarham bertugas lebih kurang 11 tahun, bayaran gantian cuti rehat dan juga pencen terbitan.

Hadir pada majlis ringkas berkenaan ialah Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Borhan Dolah, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Penasihat di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdullah Mohd Salleh.

"Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian (Dalam Negeri) dan semua rakyat Malaysia yang bersimpati," kata Setinurafeni kepada pemberita. 

Sementara itu Jalaluddin pula bekata PDRM akan sentiasa memantau keluarga Allahyarham dalam aspek kaunseling dan anak-anak Allahyarham akan dijadikan anak angkat PDRM. - BERNAMA

Balu Allahyarham Koperal Razakan Terima Sumbangan Kerajaan Balu Allahyarham Koperal Razakan Terima Sumbangan Kerajaan  Reviewed by Unknown on April 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.