Beberapa ADUN Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak mencadangkan kepada kerajaan negeri agar menubuhkan sebuah agensi atau unit iaitu Lembaga Kemajuan Kawasan Persisir Pantai (Costal Development Authority) yang memberi tumpuan sepenuhnya agenda melihat pembangunan di kawasan-kawasan tersebut secara kompresif dan meluas.
Pengerusi BNBCC dan juga ADUN Semop Abdullah Haji Saidol berkata, semua rakyat Sarawak mengucapkan terima kasih terhadap pembinaan pertama Pan Borneo Highway yang boleh menghubungkan seluruh negeri Sarawak.
"Tapi pada masa yang sama kami, ADUN-ADUN yang mewakili kawasan persisir pantai juga merasakan bahawa memang amat perlu kita melengkapkan pembinaan jaringan jalan raya di kawasan persisiran maknanya kita mengharapkan agar selain daripada Pan Borneo Highway, kita mencadangkan kepada kerajaan khususnya kerajaan pusat supaya melihat kepimpinan dengan segera membina Costal Highway selari dengan pembinaan Pan Borneo Highway."
"Ini adalah kerana di Costal Highway juga boleh menbangunkan ekonomi negeri Sarawak, khususnya di kawasan-kawasan berkenaan," tambahnya lagi.
"Perlu diingatkan kawsan pesisiran Sarawak ini bukan hanya sebagai sumber ekonomi yang penting tetapi kita juga melihat dari segi aspek keselamatan dan mungkin kita tidak berlaku pencerobohan oleh nelayan-nelayan asing harus dikawal dengan baik dan juga dari segi pedatang asing masuk melalui ruang-ruang bukan hanya pelabuhan tetapi juga laut."
Abdullah, yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri berkata demikian didalam satu sidang media di DUN Sarawak ini yang juga dihadiri oleh ADUN Sebuyau Datuk Haji Julaihi Narawi, ADUN Balingian Yussobnosh Balo, ADUN Beting Maro Ghazali Ghapor dan ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo.
"Bukan hanya dari segi aspek ekonomi pertanian dan nelayan, tetapi juga industri-berat berat seperti pembinaan kapal boleh dijalankan dan ada potensi disitu," katanya lagi. - Sarawakiana
BNBBC Cadang Tubuh Lembaga Kemajuan Kawasan Persisir Pantai
Reviewed by Unknown
on
April 27, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 27, 2015
Rating:

No comments: