KUCHING: DAP Sarawak dilihat cuba menjadi 'hero' dengan menyerahkan lebih 19,000 tandatangan penduduk Sibu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem bagi menggesa tol di Jambatan Lanang, Sibu dimansuhkan.
Pengerusinya, Chong Chieng Jien bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP yang mahu menyerahkan tandatangan tersebut namun tidak berjaya.
Difahamkan ADUN DAP berkenaan, tidak dilayan yang cuba 'menerjah' untuk berjumpa Ketua Menteri yang menghadiri majlis penerimaan zakat perniagaan dan penyampaian sumbangan kerajaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Gesaan tersebut dilihat tidak diperlukan kerana Adenan sendiri sebelum ini pernah memaklumkan bahawa rundingan mengenai tol Jambatan Lanang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri.
Sebelum ini, Adenan telah menyatakan akan mengumumkan keputusan kerajaan sama ada menurunkan atau memansuhkan tol Jambatan Lanang sebelum pertengahan tahun ini.
Menurut beliau, usaha bagi menyelesaikan perkara itu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) bukannya DAP.
"Jangan bagi kredit untuk usaha ini kerana saya dan BN berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut," katanya ketika menghadiri Perayaan Tahun Baharu Cina, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Februari lalu.
Lantaran pertemuan DAP dan Ketua Menteri tersebut tidak dibenarkan, Chong kemudiannya membuat sidang media mengenai niat DAP Sarawak hendak menyerahkan tandatangan berkaitan gesaan pemansuhan tol Jambatan Lanang. - Sarawakiana
DAP Sarawak Gagal "Terjah" Ketua Menteri
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 27, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 27, 2015
Rating:

No comments: