Seo Services

Langkah Diambil KPM Mengurangkan Kadar Keciciran Pelajar


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan kadar penyertaan murid dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran. 

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, antaranya termasuk memperkasakan Transformasi Pendidikan Orang Asli, menambah baik kemudahan asas, memperbanyakkan program motivasi dan meningkatkan kesedsran ibu bapa.

"KPM juga membuat penjenamaan semula Tingkatan Enam (T6) yang merupakan inisiatif KPM untuk menjadikan T6 sebagai pilihan utama lepasan SPM untuk menyambung pengajian dan bagi menarik minat murid untuk meneruskan pengajian di T6, murid-murid telah didedahkan dengan taklimat hala tuju lepasan STPM dan kelebihan-kelebihan STPM di sepanjang minggu orientasi yang dijalankan apabila mereka mula mendaftar di T6."

Beliau menyatakan, KPM juga telah menambah bilangan politeknik, kolej komuniti, menaiktaraf sekolah Vokasional kepada Kolej Vokasional, menambah kampus kolej matrikulasi dan memberi kelulusan pendaftaran kepada banyak institusi swasta untuk pelajar lepasan SPM dan STPMdi seluruh negara amnya dan Sarawak khasnya.

Rosey, yang juga ADUN Bekenu berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Ngemah Alexander Vncent mengenai langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan keciciran pelajar/lepasan sekolah Tingkatan 5 dan 6 di negeri ini.

"Kursus seperti diploma,sijil, sijil kemahiran khas, sijil modular kebangsaan telah ditawarkan di kolej komuniti di selruh negara. Politeknik juga menawarkan kursus-kursus seperti Pra-Diploma, sijil, diploma lanjutan dan juga ijazah."

"Universiti awam turut menawarkan kursus diploma dalam pelbagai bidang dan kerajaan membuka pelbagai peluang pengajian dan kerja kepada murid selepas menduduki SPM dan STPM," tambahnya lagi.

Rosey juga menerangkan, selain daripada KPM, agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut menawarkan program kemahiran kepada murid lepasan Tingkatan 5 dan Tingkatan 6.

"Kerajaan Sarawak juga telah melancarkan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) pada 29 Februari 2012. Ia berperanan untuk mempromosikan pendidikan teknikal kalangan anak-anak bumiputera Sarawak agar dapat ditransformasikan sebagai tenaga kerja mahir untuk memacu pembanguanan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE)."

"Antara aktiviti terkini yang telah dilaksanakan termasuklah menganjurkan Roadshow Project Dream Realized (Pro-DR Roadshow) dan ia merupakan anjuran bersama TEGAS dengan Unit Pembangunan Tenaga Kerja dan Jabatan Ketua Menteri bagi menarik lebih ramai pelajar lepasan SPM dan belia lepasan sekolah memasuki institusi pengajian tinggi dan pusat latihan," katanya lagi. - Sarawakiana
Langkah Diambil KPM Mengurangkan Kadar Keciciran Pelajar Langkah Diambil KPM Mengurangkan Kadar Keciciran Pelajar Reviewed by Unknown on April 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.