Seo Services

Budak Lelaki Tertembak Kepala Adik Sendiri

gambar hiasan
CLEVELAND: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang bermain sepucuk pistol yang ditemuinya di rumah, tertembak adik lelaki berusia setahun di kepala, menyebabkan dia terbunuh, menurut polis Cleveland.

Ketua Polis Cleveland, Calvin Williams, memberitahu pemberita di luar rumah mangsa bahawa pihaknya sedang menyiasat bagaimana pistol berkenaan berada di situ.

Portal berita Cleveland.com melaporkan seorang kanak-kanak berusia setahun dikejarkan ke hospital dan diisytiharkan meninggal dunia.

Butiran kejadian itu tidak diumumkan tetapi Williams berkata sekurang-kurangnya seorang dewasa berada di rumah ketika kejadian.

Cleveland.com melaporkan ibu kanak-kanak berkenaan didengar menjerit di belakang rumah selepas mendapati anak lelakinya itu mati.

Jiran menyatakan beliau tinggal bersama sekurang-kurangnya tiga anak kecil. - AP

Budak Lelaki Tertembak Kepala Adik Sendiri Budak Lelaki Tertembak Kepala Adik Sendiri Reviewed by Unknown on April 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.