Seo Services

Cadangan Sabah Dan Sarawak Ambil Alih MasWing


Sarawak dan Sabah bercadang untuk mengambil alih anak syarikat penerbangan domestik negara, MasWing bagi memenuhi keperluan pengangkutan udara di Pulau Borneo.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg berkata, keputusan yang diambil bersama dengan negeri jiran ini berikutan langkah sistem penerbangan Malaysia, MAS yang tidak konsisten dalam menyediakan destinasi penerbangan ke Sarawak dan Sabah.

“Jika langkah seumpama ini tidak diambil akan berupaya menjejaskan kemasukan pelancong ke Pulau Borneo akibat kurang sistem pengangkutan yang sempurna.”

“Kita sekarang dalam perbincangan fasa terakhir dengan Khazanah Nasional Berhad iaitu pemilik MAS sekiranya mereka bersetuju agar kita boleh mengambil alih pengurusan MasWing.”

Johari berkata demikian dalam sidang media di dewan undangan negeri, Petrajaya di Kuching petang tadi.

“Bagaimanapun, hingga setakat ini pihak MAS belum lagi mengemukakan sebarang keputusan mengenai tuntutan ini,” katanya lagi.

Dengan adanya syarikat penerbangan sendiri ini, Johari percaya Sarawak akan berupaya menjana sumber pelancongankedua negeri di Pulau Borneo ini selain memberi impak kepada industri pengangkutan.

Pada sidang media yang sama, Johari juga menyatakan usaha kerajaan negeri Sarawak meminta pengecualian cukai GST ke atas kos penerbangan memandangkan laluan udara merupakan salah satu pengangkutan utama di Sarawak bagi menghubungkan negeri ini dengan destinasi yang lain. - Sarawakiana
Cadangan Sabah Dan Sarawak Ambil Alih MasWing Cadangan Sabah Dan Sarawak Ambil Alih MasWing Reviewed by Salfian Nawawi on April 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.