Seo Services

Suluk Mengaku Kalah

Hampir 200 orang serah diri di Kampung Lereng Bukit, Miri, Khamis lalu

MIRI: Hampir 200 orang Suluk termasuk isteri dan anak-anak mereka dilaporkan menyerah diri pada satu pertemuan yang diatur oleh sebuah parti politik di Kampung Lereng Bukit di sini Khamis lalu.

Tindakan menyerah diri beramai-ramai secara aman itu dilakukan berikutan kebimbangan mereka terhadap operasi bersepadu yang semakin giat dan berterusan dilakukan pihak berkuasa negeri ini.

Operasi bersepadu membabitkan penguat kuasa terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Sukrelawan Malaysia (RELA), Jabatan Tanah dan Survei (JTS), Sarawak Energy Berhad (SEB), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan Jabatan Perikanan mengawal semua laluan masuk dan keluar sama ada udara, darat mahupun laut.

Tindakan membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) itu dilancarkan sejak 18 Mac lalu menyaksikan kira-kira 400 orang kaum Suluk yang majoritinya berasal dari selatan Filipina dan lebih 200 warga Indonesia ditahan.

Menurut sumber, pertemuan tersebut diadakan di antara pihak berkaitan di sini dengan wakil dan pegawai daripada Kedutaan Filipina.

“Saya agak terkejut melihat jumlah masyarakat Suluk yang ramai tinggal di setinggan di luar Kampung Lereng Bukit ini,” katanya sambil berharap pihak berkuasa melakukan serbuan sekitar atau pinggir kampung itu.

Tambahnya, mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Lereng Bukit di sini di mana ramai pendatang Suluk dilihat keluar dari tempat persembunyian mereka dan berkumpul di situ untuk tujuan menyerah diri.

Beliau berharap tindakan tersebut disambut baik oleh pihak berkuasa bagi membolehkan mereka dihantar pulang segera ke negara asal sekali gus menyelesaikan isu PATI khususnya kaum Suluk di kawasan dan pinggir kampung berkenaan.

Lebih 100 orang yang datang sama ada sendirian atau bersama isteri dan anak-anak ke pertemuan tersebut dan mereka diberi penerangan oleh seorang wanita yang dipercayai mewakili Kedutaan Filipina berhubung hasrat menyerah diri.-UB


Suluk Mengaku Kalah Suluk Mengaku Kalah Reviewed by Unknown on April 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.