Kebijaksanaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dalam berdebat memang tiada tandingannya.
Pada ucapan penggulungannya di hari terakhir Persidangan DUN Sarawak semalam, beliau menggesa Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen agar menjelaskan pendirian DAP Sarawak akan perlaksanaan hudud di Kelantan yang menjuruskan DAP Sarawak menghentikan sama sekali kerjasama dengan PAS Sarawak.
Apabila, Chong menegaskan DAP Sarawak tetap tidak akan menjalinkan hubungan dengan PAS Sarawak, Adenan dengan berseloroh menggesa beliau mengarah ahli-ahli DAP Sarawak tidak akan memberi undi kepada PAS Sarawak pada PRN kelak.
Chong dengan yakin berdiri dan menjawab, "Ya, saya pasti akan mengarah ahli-ahli DAP Sarawak jangan memberi undi kepada PAS Sarawak."
Di saat inilah, Adenan mencelahnya dengan kata-kata, "Kalau begitu, bolehlah PAS Sarawak tidak memberi undi kepada DAP Sarawak juga."
"No..no..(tidak..tidak)," kata Chong sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lalu duduk diam. - Sarawakiana
Chong "Diperangkap" Oleh Adenan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 30, 2015
Rating:
Dato .....sembang pandai2 di dewan sik guna..masalah org swk byk agik....agih lah tanah swk yg luas kpd org susah org macam di polah oleh Tun Razak ...felda ya baru bijak pemimpin
ReplyDeleteDap dengan agenda mereka sendiri...dap bersuara utk kebaikan juga...PBB buat lah yg terbaik utk rakyat...banyak lagi issue yg tok nan mahu di laksanakan terutama nya hak negeri sarawak..misalnya royalty mnyak..
ReplyDeleteDAP ngan kerajaan Sarawak harus saling tolong menolong. Jangan di gago glak kerenah sidak di malaya cnun. Apa yg dipolah sidak sia gerenti akan kena ngan kita jwak. Ya yg paling heran mek nangga. Sarawak tok mun ditangga kmek agik ada harapan utk maju. Mun Tan Sri berani melawan cdak cnun cdak pun x pat mok madah apa2. Takut x berduit gik cdak sia. Jadi x salah mun CM berkeras mintak tok mintak ya. Janji rakyat negeri dimpun dpt dijaga dolok. Ya bok bna2 CM berjiwa rakyat.
ReplyDeleteMana mau tengok video ya? kalau setakat 'cakap' dalam blog tidak guna juga.. kita mahu tengok video.. kalau boleh 'live' terus!
ReplyDeleteYou are still the best Datuk Seri..
ReplyDeleteAll party in Sarawak should stand & united to support our beloved CM to fight for petroleum royalties 20%
ReplyDelete