Seo Services

GST: Dua Peniaga 
Didakwa 
Hari Ini



PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mendakwa dua peniaga makanan mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 di mahkamah di Shah Alam, esok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, kes yang melibatkan dua peniaga tersebut adalah yang pertama berkaitan GST hingga membabitkan pendakwaan di peringkat mahkamah.

“Kita telah selesai melakukan siasatan dan Jabatan Peguam Negara juga telah bersetuju supaya pendakwaan dilakukan terhadap mereka mengikut Akta GST 2014.

“Ini menunjukkan kita serius untuk mendakwa peniaga yang menyalahgunakan GST untuk menipu atau mengambil untung secara berlebihan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Khazali berkata, terdapat beberapa kes berkaitan pelaksanaan GST kini dalam proses siasatan antaranya kes daftar lewat.

“Kita sedang mengumpulkan maklumat dan pada masa sama menyiapkan kertas siasatan. Kita juga telah memberi tempoh selama dua minggu kepada mereka yang telah dikeluarkan notis supaya segera membayar kompaun.

“Sekiranya mereka masih belum membayar kompaun itu, maka kita tiada pilihan lain. Selaku pentadbir cukai, kita terpaksa mengheret mereka ke muka pengadilan untuk didakwa di bawah akta GST,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Khazali berkata, pihaknya akan menerima penyata GST bermula Jumaat ini daripada 343,091 peniaga berdaftar sama ada secara bulanan atau tiga bulan sekali. - Utusan Online
GST: Dua Peniaga 
Didakwa 
Hari Ini GST: Dua Peniaga 
Didakwa 
Hari Ini Reviewed by uMieySurianie on April 30, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.