Sebaik sahaja ADUN Nangka Dr Annuar Rapaee memulakan Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan TYT Yang Di-Pertuan Negeri Sarawak semalam, seorang demi seorang ADUN DAP bertindak meninggalkan dewan.
Mana tidaknya, Annuar menekankan, pembangkang dengan sadisnya telah menyalahgunakan kuasa yang boleh digunakan untuk membantu rakyat dan seterusnya dapat menghilangkan atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban dan masalah rakyat dalam kerajusan mengejar kuasa politik.
"Saya akan menggariskan lima elemen atau ciri-ciri politik pihak pembangkang yang saya pasti mereka belajar “political masters” mereka dari semenanjung sebab semua parti pembangkang yang bertapak di Bumi Kenyalang ini berasal dari Semenanjung."
"Pertama, mewujudkan perasaan benci terhadap kerajaan dan Negara sebagai contonhya, dalam usaha ahli YB Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) agar rakyat membenci kerajaan dan Negara beliau pada suatu ketika dahulu mempertikaikan usaha kerajaan menanamkan semangat potriotikdi kalangan rakyat dengan menyanyikan lagu Negaraku di pawagam dan menganggap usaha tersebut sebagai “disgrace” and “ridiculous”, "and asked if Malaysia was heading towards a communist era, a time when citizens must show that they are patriots."
"Adakah patut seorang wakil rakyat bersikap demikian mempertikai usaha kerajaan menanamkan semangat patriotik di kalangan masyarakat? Niat sebenarnya adalah agar rakyat membenci kerajaan dan Negara," tanyanya dengan sinis.
"Kedua, memutarbelitkan fakta dan isu. Ini memang sudah menjadi norma politik pembangkang. Contoh paling terdekat ialah kenyataan akhbar Chong dalam surat khabar Sin Chiew dan See Hua bertarikh 25 April. Beliau mengatakan bajet tambahan yang dipohon sebanyak 500 juta adalah membeli undi dan sekarang setiap ADUN dan bakal calon BN mempunyai banyak wang di tangan mereka sehingga Kota Sentosa menghasut NGO memohon peruntukan dari ADUN BN."
"Biar saya jelaskan kepada Chong, bajet tambahan yang dipohon adalah untuk “rural transformation program” iaitu initiative kerajaan dalam bentuk projek dan bukannya dalam cash seperti yang ditipu oleh Chong dan projek-projek ini adalah untuk membangunkan luar Bandar dengan lebih cepat agar jurang keperluan asas di luar Bandar tidak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan luar Bandar."
"Adakah Kota Sentosa menentang usaha membangun luarbandar? Adakah Chong lebih suka melihat masyarakat luarbandar hidup dalam kedaifan? Atau adakah kota sentosa suadah sedar projek impian Sarawak mereka gagal untuk mempengaruhi masyarakat luarbandar? Oleh sebab Chong sudah memutar belitkan fakta maka saya menyeru supaya NGO-NGO di seluruh negeri Sarawak memohon daripada Chong untuk mendapatkan peruntukan."
"Ketiga, “sifat hipokrit”. Sifat ini jelas apabila kerajaan BN membentangkan tiga rang undang-undang, Yang Pertama; Rang undang-undang POTA dimana mereka menyifatkan rang undang-undang tersebut sebagai anak kepada ISA. Tetapi apabila diberi peluang untuk membalas rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat ramai di kalangan mereka tidak hadir dan lebih teruk di saat kritikal iaitu untuk menentukan rang undang-undang tersebut lulus atau sebaliknya mereka gagal untuk mengundi menyatakan sokongan atau tidak. Di luar parlimen mereka menentang tapi peluang terbaik di parlimen mereka tidak gunakan. Ini jelas manifestasi hipokrit pihak pembangkang."
"Yang kedua; rang undang-undang menaikkan allowance MP ke RM16,000 di mana idak seorang pun dikalangan ahli pembangkang tidak setuju dengan rang undang-undang ini. Merekalah selalu melaungkan slogan ini wang rakyat tidak harus digunakan untuk pembaziran, sedangakan ini adalah wang pembayar cukai yang tidak harus diguna tanpa justifikasi."
"Mengapa ADUN Dudong, Pelawan, Pending, Padungan, Meradong, Repok, Pujut, Batu Kawa dan Kidurong tidak pernah berkata apa-apa atau mengeluarkan kenyataan menentang bil ini? Sebab mereka takut di “tekok” (dimarah) oleh ketua mereka (Chong) yang sekarang menikmati allowance bulan hamper RM35k sebagai MP dan ADUN."
"Begitu juga dengan Forest Bill yang dibentangkan oleh kerajaan negeri. Berbagai-bagai tohmahan dilemparkan keatas kerajaan mengenai bagaimana hutan tidak diurus dengan baik tetapi apabila kerajaan membentangkan bill untuk membanteras pembalakan haram pakatan pembangkang tidak menyokong rang undang-undang tersebut dan lebih teruk semasa perbahasan mereka tidak memberi fokus langsung kepada rang undang-undang tersebut tetapi banyak lari dari fakta sebenarnya."
"Keempat, “suka claim credit” atau lembu punya susu sapi dapat nama. Pada saya, pembangkang suka mengambil kredit ke atas sesuatu kejayaan yang bukan dicapai oleh mereka hanya kerana ingin mengangkat mereka sendiri sebagaui "wira rakyat". Apabila kerajaan Negeri Sarawak mengurangkan tarif elektrik dan memperuntukkan geran tahunan dari RM3 juta ke RM4 juta dan juga 2,000 hektar tanah kepada sekolah-sekolah Cina, pembangkang sebaliknya mendabik dada mengakui tindakan-tindakan tersebut dilaksanakan adalah kerana mereka! Sedangkan kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan pembangkang Selangor hanya memberi RM1 juta dan RN2 juta setiap tahun."
"Kelima, mensensasikan isu hanya untuk kepentingan politik seperti contoh isu yang dibawa oleh ADUN Pending mengenai keselamatan di waterfront dan isu letupan di Sibu Jaya."
"Semenjak kebelakangan ini pihak pembangkang sudah ketandusan isu apatah lagi dengan pendekatan proaktif kerajaan di bawah pimpinan ketua menteri telah banyak menyelesaikan masalah dan mendapat sokongan seluruh lapisan masyarakat baik nya di luar Bandar mahupun di Bandar. Angin perubahan ini lah menyebabkan pihak pembangkang naik angin," katanya di akhir ucapannya. - Sarawakiana
Kebenaran Menyakitkan, ADUN-ADUN DAP Keluar Dewan
Reviewed by Unknown
on
April 28, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 28, 2015
Rating:

No comments: