Seo Services

Penerapan Integriti Dalam Pentadbiran Negeri Sarawak.


Di antara isu yang di anggap perkara penting kepada usaha yang dilakukan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem adalah penerapan amalan integriti dalam pentadbiran negeri Sarawak. 

ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, dalam usaha tersebut beliau menyatakan sokongan kepada usaha tegas dan berani Ketua Menteri dalam menerapkan amalan integriti dalam semua peringkat pentadbiran negeri ini.

"Dalam tempoh baru setahun, Ketua Menteri memegang tampok pentadbiran maka ini perkara yang penting yang memberi kesan kepada pentadbiran dalam jangka masa yang panjang,"

"Jadi kesan daripada itu, maka tindakan pertama yang telah dilakukan ialah majlis-majlis angkat sumpah ikrar integriti yang telah dijalankan dan ini adalah satu rekod kerana pertama kali sebuah negeri di Malaysia jemaah menterinya melafas ikrar integriti untuk sama-sama membasmi amalan rasuah."

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas membaca Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan TYT Yang Di-Pertuan Negeri Sarawak di DUN Sarawak hari ini.

"Ini sepatutnya sesuatu perkara yang harus dibanggakan seluruh rakyat Sarawak kerana negeri kita sebagai negeri pertama yang melafaskan ikrar integriti ini dan diikuti dengan negeri lain-lain termasuklah ahli-ahli berhormat Barisan Nasional BNBCC baru-baru ini."

"Lanjutan tersebut, maka beberapa tindakan telahpun dilakukan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi penguatkuasa seperti membanteras pembalakan haram, membanteraskan kebanjiran pendatang asing daripada Filipina seperti di Miri dan beberapa penguasaan lain yang sedang berjalan. Jadi saya sarankan peguatkuasaan ini akan terus berjalan sepanjang masa."

"Dalam sesi pembahasaan saya ini, saya mencadangkan lapan isu yang perlu dipertingkatkan penguatkuasannya melalui usaha kerajaan meningkatkan intergriti ini," katanya sambil menambah, maknanya kita basmikan rasuah maka mungkin isu ini dapat ditangani sebaik mungkin.

"Pertamanya isu penyeludupan minuman keras yang banyak berlaku di seluruh negeri daripada Negara luar. Jadi kita minta perkara seperti ini dibasmikan."

Kedua, penyeludupan rokok-rokok haram dari luar negeri kita.

Ketiga, kegiatan pinjaman wang secara haram dimana walaupun kita nampak namun ianya masih lagi menjadi isu duri dalam daging dikalangan masyarakat kita.

Keempat, isu kegiatan gangsterisme dibandar-bandar di negeri kita.

Kelima, kewujudan kedai –kedai nombor ekor yang tidak berlesen dan juga kedai-kedai nombor walaupun berlesen tetapi membenarka orang islam membeli nombor ekor walaupun sudah tertera amaran di premis ‘orang islam dilarang membeli”.

Keenam, terdapat premis penyembelihan ayam yang tida menepati garis panduan ayam dan produk ayam ini dijual kepada masyarakt islam.

Ketujuh, kehadiran warga asing yang berkerja di premis hiburan dan rumah-rumah urut dengan menggunakan pas sosial. Walaupun ini perkara biasa yang memang terkenal diseluruh Malaysia tetapi kalau boleh di Sarawak kita mahu kegiatan ini dibanteras.

Kelapan , penyebaran pil-pil khayal yang amat bebas terlalu berleluasa terutama di kalangan remaja-remaja di sesetengah tempat di negeri Sarawak.

"Antara lapan perkara ini adanya perkara lama dan ada yang sedang dilaksanakan tetapi masih lagi menjadi isu dan telahpun saya kemukakan untuk tindakan pihak kerajaan melalui agensi-agensi penguatkuasaan yang ada di negeri Sarawak," katanya lagi. - Sarawakiana

Penerapan Integriti Dalam Pentadbiran Negeri Sarawak. Penerapan Integriti Dalam Pentadbiran Negeri Sarawak. Reviewed by Unknown on April 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.