Seo Services

Lebih Banyak Projek Perumahan Dalam RMK-11


Dalam usaha berterusan, pihak kerajaan untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik dan rumah kos rendah untuk menampung keperluan rakyat yang sentiasa meningkat sebanyak 12,222 unit rumah (dimiliki) dan 5,012 unit rumah (disewa) di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg berkata, jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menampung permintaan pada masa depan. 

"Maka, pembekalan rummah awam akan turut ditampung melalui program-program lain yang dilaksanakan seperti Program Rumah Mesra Rakyat, PR1MA, MyHome Scheme, Skim Perumahan Belia, Skim Perumahan Nelayan, dan Program Bantuan Rumah."

"Kita juga tidak hanya bergantung kepada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina rumah mampu milik tersebut. Pihak Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) juga telah merancang untuk membina sebanyak 3508 unit rumah mampu milik dalam RMK-11 di atas tapak tanah miliknya sendiri," katanya sambil menambah, ini adalah bagi menampung permintaan golongan berpendapatan sederhana agar mereka turut mampu untuk membeli rumah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan DUN Sarawak hari ini.

Menyentuh mengenai kajian semula dasar Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana Rendah, Johari menyatakan, salah satu satu dasar kerajaan negeri untuk meningkatkan penyediaan rumah di negeri ini ialah melalui pelaksanaan Dasar Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana Rendah.

"Dasar ini melibatkan penyediaan rumah oleh pemaju perumahan swasta berdasarkan peratusan kuota dari 10 peratus sehingga 30 peratus bergantung kepada keluasan sesebuah projek perumahan yang hendak dilaksanakan."

Beliau juga menjelaskan, harga rumah yang ditawarkan pula ialah di antara RM50,400 hingga RM100,000 seunit khususnya untuk golongan berpendapatan rendah yang berpendapatan kasar isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan untuk rumah kos rendah dan RM5,000 sebulan untuk rumah kos sederhana rendah.

"Memandangkan dasar ini telah dilaksanakan lebih 15 tahun yang lepas dan dengan mengambilkira perkembangan dalam sector perumahan semasa, adalah perlu dasar ini dikaji semula agar ianya dapat disesuaikan dengan keperluan perumahan rakyat pada masa kini," tambahnya lagi.

"Oleh itu, kementerian saya sedang dalam proses mengkaji semula dasar ini bersama dengan Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar dan agensi-agensi yang berkaitan," katanya sambil menambah, ini adalah untuk memastikan dasar tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih efektif lagi bagi mencapai matlamat untuk menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti dan selesa untuk rakyat.

"Pada masa yang sama, pihak kementerian juga sedang mengkaji opsyen untuk mengenakan levi perumahan ke atas para pemaju yang memilih untuk tidak membina rumah kos rendah di bawah dasar tersebut."

"Input daripada pihak-pihak berkepentingan seperti Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (SHEDA) Sarawak juga turut diperolehi dalam penggubalan dasar baru tersebut," kata Johari lagi. - Sarawakiana
Lebih Banyak Projek Perumahan Dalam RMK-11 Lebih Banyak Projek Perumahan Dalam RMK-11 Reviewed by Unknown on April 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.