Kerja-kerja infrastruktur untuk Projek Perumahan Nelayan di kawasan RGC Semop, Pulau Bruit, telah bermula pada 2 Mac 2015 dan dijangka siap pada 1 September 2016.
Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg berkata, status pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur untuk projek ini setakat 31 Mac 2015 ialah 1.3 peratus awal dari jadual.
"Sementara kerja-kerja infrastruktur dijalankan, pada masa yang sama sebanyak 37 lot rumah akan diserahkan kepada pihak Perbadanan Pembangunan Perumahan pada bulan Julai 2015 untuk pembinaan rumah."
"Bakinya pula akan dilaksanakan pada tahun depan dan kelulusan asal kos rumah untuk projek ini telah ditetapkan pada RM50,000 seunit," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pengulungan kementerianya di Persidangan DUN Sarawak hari ini.
"Bagaiamanapun, anggaran kos untuk pembinaan rumah tersebut ialah dalam lingkungan RM80,000 seunit memandang lokasi projek tersebut jauh di pendalaman."
"Permohonan untuk meningkatkan kos rumah tersebut masih dalam pertimbangan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia," katanya sambil menambah, oleh itu, pembinaan rumah akan dimulakan sebaik sahaja kos projek telah dimuktamadkan oleh kementerian berkenaan. - Sarawakiana
Projek Perumahan Nelayan RGC Semop Akan Siap Pada tahun 2016
Reviewed by Unknown
on
April 28, 2015
Rating:
No comments: