Seo Services

Lelaki Serang Dron Radioaktif di Kediaman PM Jepun

TOKYO 25 April - Polis menahan seorang lelaki kerana menerbangkan sebuah dron yang dikesan mengandungi radioaktif di bumbung kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun.

Yasuo Yamamoto, 40, menyerah diri kepada polis di wilayah Fukui, kira-kira 350 kilometer (220 batu) di barat Tokyo, lewat malam semalam bersama alat kawalan dronnya, sambil memaklumkan dia melakukan itu bagi menyatakan pendiriannya berhubung gerakan antikuasa nuklear, lapor media tempatan.

Jurucakap polis Tokyo memaklumkan lelaki itu yang juga seorang blogger dan tidak bekerja telah dibawa ke Tokyo untuk disoal siasat.

"Suspek merancang untuk mengganggu operasi di kediaman rasmi Perdana Menteri," kata jurucakap itu.

Dron berkenaan menghantar satu botol yang tertera tanda radiasi antara 22 Mac dan 22 April, iaitu ketika ia ditemui, tanpa menjelaskan lebih lanjut.

Kakitangan di kediaman rasmi yang dikenali sebagai 'Kantei' menemui dron yang dianggarkan bersaiz 50 sentimeter (20 inci) di atas bangunan lima tingkat di pusat bandar Tokyo itu, Rabu lalu.

Kesan radiasi telah dikesan tetapi dilaporkan terlalu rendah untuk memberi risiko kepada kesihatan manusia. - AFP
Lelaki Serang Dron Radioaktif di Kediaman PM Jepun Lelaki Serang Dron Radioaktif di Kediaman PM Jepun Reviewed by Admin on April 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.