Menerusi laporan terkini, misi pencarian dalam air pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) di kawasan terpencil sekitar Lautan Hindi berkemungkinan tamat pada Mei depan.
Dalam satu kenyataan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia yang membuat seliaan terhadap operasi tersebut, ia memaklumkan bahawa ketika ini, 60 peratus kawasan tersebut telah diteroka.
Namun, sasaran tersebut dibuat seandainya tidak terdapat sebarang masalah melibatkan faktor-faktor seperti keadaan kapal carian, peralatan dan cuaca.
“Kerja-kerja mencari akan diteruskan dalam keadaan menyeluruh dan teratur, jadi peningkatan setiap minggu mungkin kelihatan sedikit lewat,” ujar sumber tersebut.
“Kami akan pastikan bahawa kerja-kerja pencarian diteruskan dan menyasarkan untuk menjumpai MH370 secepat mungkin.” – MYNEWSHUB.CC
MH370 – Misi Carian Dalam Air Di Lautan Hindi Tamat Mei
Reviewed by uMieySurianie
on
April 29, 2015
Rating:
No comments: