KUCHING: PAS Sarawak akan bertanding lebih dari 10 kerusi dalam PRN Sarawak serta terdapat kemungkinan akan meletakkan calon bukan Islam di beberapa kerusi dalam PRN yang akan datang.
Ini didedahkan oleh Setiausaha PAS Sarawak Abang Ahmad Kerdee sambil berkata, buat pertama kalinya calon bukan Islam akan dipilih menjadi calon dari golongan "Dewan Himpunan Penyokong PAS" Sarawak iaitu daripada penyokong PAS yang bukan Islam.
"Jika dinyatakan dari oleh "Dewan Himpunan Penyokong PAS" Sarawak maknanya calon tersebut bukan Islam dan mereka berkemungkinan dari kaum Iban, Bidayuh dan kaum-kaum yang lain," katanya lagi.
Ahmad Kerdee berkata demikian dalam satu sidang akhbar di DUN Sarawak selepas membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di pejabatnya di DUN Sarawak yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Adam Ahid hari ini.
Langkah ini dilihat sebagai memberi peluang bagi penyokong PAS Sarawak yang bukan beragama Islam untuk bertanding di kawasan yang majoritinya bukan Islam di Sarawak. - Sarawakiana
PAS Sarawak Kemukakan Calon Bukan Islam Dalam PRN Akan Datang
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 24, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 24, 2015
Rating:

No comments: