Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Adam Ahid tidak menolak kemungkinan PAS akan melaksanakan hudud di Sarawak jika berkuasa di negeri ini.
"Setakat ini, kalau kita nak bercakap tentang hudud pun kita merasa malu lagi kerana kita belum menang (apa-apa kerusi) lagi."
"Sebagai orang Islam di Sarawak, kami menyokong hudud dilaksanakan di Kelantan saja.. impossible (mustahil) lah (nak laksanakan hudud di Sarawak) kerana saya (PAS) belum menang lagi," kata Adam.
Apabila ditanya pemberita adakah PAS akan melaksanakan hudud di Sarawak sekiranya berkuasa di negeri ini, Adam hanya mampu berkata, "itu kita akan bincang lagi."
"Hukum hudud ini sudah termaktub didalam Al-Quran sebelum kita lagi .. itu hukum Allah dan kita tidak boleh tolak."
"Saya belum menang lagi .. menang sepuluh DUN pun belum boleh bawa (hudud ke Sarawak) .. sebagai seorang Islam, saya nak jaga akidah saya .. nak kata saya tak bawa hudud pula nanti saya yang salah (di sisi Islam)," katanya lagi.
Adam berkata demikian dalam satu sidang media di DUN Sarawak selepas membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di pejabatnya di DUN Sarawak hari ini.
Menyentuh tentang kegagalan PAS Sarawak untuk mendapat sebarang kerusi di Sarawak setelah mengambil bahagian didalam empat PRN, Adam berkata, PAS Sarawak tidak akan berputus asa.
"Kami akan terus turun padang menemui rakyat dan membuat penerangan tentang PAS," katanya lagi.
Apabila ditanya mengenai tindakan DAP Sarawak meninggalkan DAP Sarawak, Adam menyatakan, walaupun (DAP dan PAS) nampak dah bercerai namun masih "berbaik-baik" lagi, kita masih dalam satu keluarga tidak ada pergaduhan dan mungkin hanya berlainan pemikiran tentang apa yang dibawa oleh PAS di Kelantan (hudud).
"(DAP) Faham tak faham (hudud) itu terserah..," katanya lagi menegaskan PAS dan DAP tidak bercerai talak tiga cuma sekadar "bercerai kasih".
Adam mendakwa PAS masih lagi berhubung dengan DAP untuk berbincang agar yang mana tiada berlaku pertembungan kerusi terutamanya pada waktu Pilihan Raya Negeri kelak.
"Dan ini masih lagi dalam perbincangan dan kami cuba mengelakkan (pertembungan kerusi) ianya tidak akan berlaku."
Menurut Setiausaha PAS Sarawak Abang Ahmad Kerdee yang turut hadir dalam sidang media tersebut, untuk PRN yang akan datang, memang terdapat percanggahan tuntutan kerusi namun ianya adalah lumrah dalam politik.
"Setakat ini kerusi PAS dan DAP tiada yang bertindih cuma mungkin ada beberapa kerusi yang melibatkan kawasan bandar."
Beliau mendakwa sebelum DAP keluar Pakatan Sarawak, DAP, PAS dan PKR telah mencapai satu persetujuan di mana tiada pertindihan kerusi akan berlaku dan hanya akan ada perlawanan "satu lawan satu".
Pada pertemuan petang tadi, PAS Sarawak telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di atas beberapa dasar yang telah dibawa oleh beliau.
PAS Sarawak juga menyerahkan nota sokongan yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri terutamanya dalam tuntutan royalti sebanyak 20 peratus serta beberapa cadangan untuk kerajaan negeri. - Sarawakiana
PAS Sarawak Tidak Menolak Kemungkinan Laksanakan Hudud Jika Menang?
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 24, 2015
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
April 24, 2015
Rating:

bertanding 5 kerusi... berangan nak tawan 10 kerusi... tapi akhirnya dapat telur ayam (KOSONG)
ReplyDelete